Cabang Fotografi Perkahwinan dalam NBJ Ulung Enterprise merupakan teras asas yang menjadi asas kepada penubuhan syarikat ini. Syarikat ini memulakan perkhidmatan pada hujung tahun 2006.Syarikat kami telah mengendalikan berpuluh sesi fotografi perkahwinan setiap tahun dan sentiasa berusaha menjadikan kualiti sebagai keutamaan syarikat kami kepada pelanggan kami.
Syarikat yang beroperasi di Perlis ini sentiasa membuka pintu rundingan dengan mana - mana pelanggan yang ingin berurus niaga dengan kami. Malahan kami bersedia cuba memberikan perkhidmatan yang memuaskan pelanggan kami.
Sehubungan itu kami senantiasa berharap seluruh pelanggan yang budiman menjadikan syarikat kami sebagai pilihan anda.
Sekian,
wabillahittaufiq walhidayah
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
Mohd Faizal
Pengurus,
NBJ Ulung Enterprise